Wednesday, 1 August 2012

Hadi & Huda?

Assalamualaikum...

Hi, lama tak memberi info terkini...

okeh!... sekarang Team AAA sedang menyiapkan projek terbaru...iaitu Hadi & Huda... ;)

itu saje...

Sunday, 29 April 2012

Penghujung Siri Aiman Kembara...

Atuk telefon siapa tu?
Nampaknya siri Aiman Kembara hampir sampai ke penghujungnya...

berikut adalah Snapshot daripada episod akhir Aiman Kembara ;)

Semoga terhibur..


Wah! ini Mamu Rambo!

Aduh! kenapa Facepalm pula?

Lapar pula...

Naik beca tak ajak!

Uish! Atas Feri nih
Huh? Kapal terbang jepun?
Mamu angkat senjata?

Atuk tembak dengan bergaya
Hahaha YES!

eh? kenapa tiba-tiba ada adegan perang? Haa nak tahu? sama-samalah kita tonton episod akhir ini nanti ya!

SEMOGA TERHIBUR dari kami warga animasi Al Azhar Animation :)



Thursday, 8 March 2012

Aiman Kembara, Jumaat, 9 Mac!

Aiman Kembara 9 Mac, hari Jumaat pukul 10 pagi....

Haa... episod kali ni, keluarga Aiman yang berada di rumah Man Kobau dijamu dengan masakan, masak lomak..."masakan nogori sembilan tuuu"

lepas tu... atuk kena jaga rumah... hmmm


lepas tu.............




ape yang jadi seterusnya... kena lah tonton...hehehe


Friday, 2 March 2012

Aiman Kembara ditayangkan!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....
Akhirnya kami mendapat khabar daripada TV Al Hijrah, bahawa Siri Aiman Kembara akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat jam 10 pagi, bermula 2 Mac 2012. Kami warga animasi Al Azhar Media sdn. bhd. berasa teruja dengan berita ini, kerana usaha kami selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil.

Dengan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya Ustaz Khairi, Ustaz Nazri yang telah memberi kepercayaan kepada kami, warga animasi. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang masih bersama dan juga yang sudah tidak bersama kami lagi didalam Projek Aiman Kembara, dari awal hingga sampai ke tahap ini. Akhir kata, untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam Projek Aiman Kembara ini... kami ucapkan...

TERIMA KASIH!


Jeng jeng!
berikut adalah snapshots, Aiman Kembara di Pulau Pinang... 


Tuesday, 14 February 2012

Sneak Peek Aiman Kembara...2012

Akhirnya...dengan kuasa Allah dan tenaga yang ada...

dan! setelah 7 bulan!!! (jerit sikit bila baca)

Kami semua telah berjaya siapkan Aiman Kembara episod 1 hingga 7 (episod 8 hingga 13 sudah berada dalam proses akhir). Berikut adalah screenshot yang ingin kami persembahkan...

Sunday, 14 August 2011

Target: 7 Episod! Yosh!

Assalamualaikum.

AAA Team sedang bertungkus lumus menyiapkan 7 episod Aiman Kembara sehingga hujung bulan Ogos ini. Walaupun berpuasa, ianya tak melemahkan semangat kami. Doakan kami berjaya mengikut dateline! Insyaallah!

Atuk tak puasa ke?...

Tuesday, 2 August 2011

Puasa! puasa! puasa!

Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak.
Suasana di studio hari ini, ceria! semua orang bertenaga, penuh dedikasi.
(ye..ye je hehe)

Friday, 10 June 2011

Minggu Pertama di Studio

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kami sudah mula beroperasi pada 6 Jun 2011, banyak perkara dan gerak kerja telah diatur. Dengan tenaga kerja seramai 12 orang, KAMI BERJANJI! akan menyiapkan Aiman Kembara v2.0

Muka-muka ganjil AAAteam







Sesi musyawarah
Masih (berpura-pura) bermusyawarah
Sesi makan bermusyawarah
Masih sesi makan (betul-betul) bermusyawarah

Saturday, 4 June 2011

Studio Baru Kami

Kami membuka studio baru di Pandan Cahaya, dengan langkah-langkah berikut :-

Langkah 1 - Cari ofis kosong

Langkah 2 - Cari orang pasangkan karpet

Langkah 3 - Penuhkan lantai dengan karpet



Langkah 4 - Pasang meja komputer (sekadar gambar hiasan)
Langkah 5 - Cari 2 orang untuk pasangkan komputer

Wednesday, 25 May 2011

Aiman Kembara v2.0

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu dan mencari penerbit serta penaja, projek animasi Aiman Kembara bermula kembali. Terima kasih kepada pihak TV Al-Hijrah kerana berminat untuk menerbitkan animasi yang kami rancangankan ini. Insyaallah pada awal bulan Jun ini, AAAteam akan memulakan projek Aiman Kembara versi 2.0! =) Doakan kami berjaya!

Aiman Kembara v1.5
Sesi Pembentangan di TV Al Hijrah

Other Posts