Thursday, 8 November 2012

Hadi & Huda bermula...

Assalamualaikum!
Hai...bertemu lagi kita diruangan blog ini...

Kali ini kami ingin berkongsi tentang projek terbaharu kami iaitu Hadi & Huda

Hadi & Huda adalah animasi yang berkonsep kekeluargaan, dan mengandungi nasihat, juga menghiburkan...

(ok lupakan ayat skema di atas)
hehe.. Animasi kami kali ini menggunakan konsep yang 3D modeling simple tetapi "eye catching"... sesuai dengan konsep cerita ini...yang santai. 


Hadi adalah adik kepada Huda, hadi ni seorang budak yang agak nakal, tetapi taat kepada ibu bapanya.
Hadi dan Huda ni selalu bertengkar... namun mereka adik beradik saling sayang dan hormat menghormati...


Inilah keluarga Hadi dan Huda... Keluarga Soleh :)


Akan datang 2013
doakan projek Hadi & Huda Ini berjaya, ok...


Itu saja untuk kali ini... jumpa lagi! ;)

Assalamualaikum...


Wednesday, 1 August 2012

Hadi & Huda?

Assalamualaikum...

Hi, lama tak memberi info terkini...

okeh!... sekarang Team AAA sedang menyiapkan projek terbaru...iaitu Hadi & Huda... ;)

itu saje...

Sunday, 29 April 2012

Penghujung Siri Aiman Kembara...

Atuk telefon siapa tu?
Nampaknya siri Aiman Kembara hampir sampai ke penghujungnya...

berikut adalah Snapshot daripada episod akhir Aiman Kembara ;)

Semoga terhibur..


Wah! ini Mamu Rambo!

Aduh! kenapa Facepalm pula?

Lapar pula...

Naik beca tak ajak!

Uish! Atas Feri nih
Huh? Kapal terbang jepun?
Mamu angkat senjata?

Atuk tembak dengan bergaya
Hahaha YES!

eh? kenapa tiba-tiba ada adegan perang? Haa nak tahu? sama-samalah kita tonton episod akhir ini nanti ya!

SEMOGA TERHIBUR dari kami warga animasi Al Azhar Animation :)



Thursday, 8 March 2012

Aiman Kembara, Jumaat, 9 Mac!

Aiman Kembara 9 Mac, hari Jumaat pukul 10 pagi....

Haa... episod kali ni, keluarga Aiman yang berada di rumah Man Kobau dijamu dengan masakan, masak lomak..."masakan nogori sembilan tuuu"

lepas tu... atuk kena jaga rumah... hmmm


lepas tu.............




ape yang jadi seterusnya... kena lah tonton...hehehe


Friday, 2 March 2012

Aiman Kembara ditayangkan!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....
Akhirnya kami mendapat khabar daripada TV Al Hijrah, bahawa Siri Aiman Kembara akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat jam 10 pagi, bermula 2 Mac 2012. Kami warga animasi Al Azhar Media sdn. bhd. berasa teruja dengan berita ini, kerana usaha kami selama 4 tahun akhirnya membuahkan hasil.

Dengan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya Ustaz Khairi, Ustaz Nazri yang telah memberi kepercayaan kepada kami, warga animasi. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang masih bersama dan juga yang sudah tidak bersama kami lagi didalam Projek Aiman Kembara, dari awal hingga sampai ke tahap ini. Akhir kata, untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam Projek Aiman Kembara ini... kami ucapkan...

TERIMA KASIH!


Jeng jeng!
berikut adalah snapshots, Aiman Kembara di Pulau Pinang... 


Tuesday, 14 February 2012

Sneak Peek Aiman Kembara...2012

Akhirnya...dengan kuasa Allah dan tenaga yang ada...

dan! setelah 7 bulan!!! (jerit sikit bila baca)

Kami semua telah berjaya siapkan Aiman Kembara episod 1 hingga 7 (episod 8 hingga 13 sudah berada dalam proses akhir). Berikut adalah screenshot yang ingin kami persembahkan...

Other Posts